Ahad, Disember 29, 2013

Hanya Waktu


masihkah dirimu terimbas
akan saat kita bertemu dan berjanji

kita memilih untuk membiarkan hanya waktu
membuat keputusan tentang jalan yang harus kita tuju..

hanya waktu itu
membuatkan kita bertemu dan berbicara
kita sembunyikan sebuah rasa yang tak pasti
dan diriku cuba mengejar waktu

bila waktu itu
harus ku temui jawapan pada satu kepastian
walau lelah rindu ku tidak bersahut
walau waktu itu terus menerus berjalan tetapi masih lagi ku berharap

hanya waktu ini
yang membuatkan kita masih lagi tersenyum
kerana bait-bait bicara masih lagi mengalunkan nada
walaupun tidak lagi serancak melodi yang pernah di alunkan..

hanya waktu ini
yang dapat kamu berikan jawapan untuk sekian kalinya..

..
..
..
..adakah waktu ini kebetulan ataupun suratan?

Tiada ulasan: