Isnin, Mac 09, 2009

Ingin Tahu



Jika kau tahu
Rasa rindu ini kian membelenggu
Sudikah kau hadir menemani

Andai kau tahu
Rasa sayang ini menjadi milikmu
Ada ruangkah sayang ini diletakkan di situ

Jika Aku tahu
Bebanan rindu ini semakin berat
Tidak ku biarkan ia melarat

Andai aku tahu
Kasih dan sayang mulai melingkari
Tidak ku biar ia dipandang sepi

Tetapi mana aku tahu semua ini akan terjadi
Dan mana lah aku tahu kau pun tak tahu
Andai kau dan aku hanya membisu

mana ku tahu..
suatu hari nanti kau ingin tahu
aku pula yang termangu
memberi kata dari aku sendiri tak tahu

Moga saat itu tiba
kita akan tahu
tentang jawapan yang kita ingin tahu..




Bila Hati Bicara : Kerana tidak mahu terus terbelenggu, ku ingin tahu...

Celebrate Besday

Pada 25 Februari yang lepas..Birthday adik lelaki kiki yang second last...Abang sekeluarga datang membawa kek Besday....huhuhu..disebabkan kami tidak celebrate besday adik perempuan kiki pada 20hb Dec yang lepas..jadi Abang sekeluarga membawa 2 kek untuk menyambutnya sekali...


Kek dari umar untuk pak cik iki


Kek dari umar untuk Mak uda


Umar tak nak tiup..biar pak iki yang tiup lah



Umar tak nak tiupkan ke..mak uda segan la.....

Mari Pilih

Mari pilih..mari pilih...pilih mana yang berkenan di hati.....hehehe....



yang depan sekali motor kakak kiki




yang depan sekali motor kiki bawa pergi kerja



motor no. 3 tu motor ayah..motor no.4 tu motor pak cik..



Motor yang depan sekali tu..adik kiki yang bawa pergi kerja..



motor nie adalah motor yang adik kiki bawa...dan pak cik telah mencantikkan motor itu.....Anak murid terkejut cikgu mereka minah rempit..hahaha..

Picnic

Pada hujung bulan Januari yang lepas...Bahagian tempat kiki kerja buat picnic di Sg. Gabai..kira-kira hampir 40 orang yang hadir...kalau ikut perancangan asal..buat di Ampang..tetapi last minit dorang tukar plan pula....siapa yang pernah pergi Sg.Gabai ..pasti tahukan keadaan sana bagaimana...kiki pertama kali sampai sana...Ya Allah..bagai nak tercabut kaki dibuatnya nak sampai atas tu...semput kiki dibuatnya...huhuhu...penat woo...dah la kiki dan rakan-rakan yang sampai waktu itu kena tipu dek En.F. Dia kata dia dah sampai...korang kena naik atas lagi...sebab dia dengan En.Z dah sampai dan berada di tingkat atas...walaupun kami kepenatan..kami teruskan juga..dan bila sampai..kami dapat tahu..rupanya kami telah dipermainkan...kiki dan rakan-rakan rupanya adalah kumpulan pertama yang sampai dulu ke kawasan itu..En.F masih lagi di rumah..tetapi En.Z memang dah sampai pun..Masa itu..kami semua bengang betul...rasa nak campak je En.F..huhuhuhu..tapi nasib baik dia bos...hehehe...











Bakar..jangan tak bakar



Posing dulu sambil tunggu ayam masak



semua kelaparan..makan dah tak pandang kiri kanan

..Aktifkan Blog Anda..



Salam semua...hampir sebulan lebih..kiki tak update blog nie...ada juga suara-suara merdu yang memasuki ke telinga kiki..menyuruh update blog...sebenarnya bukan kiki tak nak update..tetapi selepas kiki balik cuti bulan 1 tempoh hari...kerja kiki tak henti-henti datang...meja kiki pun dah tak serupa meja..kiki tak dan nak mengemas meja tu..bila kemas sikit je..tak sampai 5-10minit meja akan bersepah kembali..disebabkan itu, ada rakan sepejabat selalu mengusik...

"meja kak eja nie, kemas kejap je...lepas tu bersepah...dulu meja kecik pun bersepah...nie dah besar sikit pun masih bersepah juga..saya tolong akak kemas pun..lepas tu sepah lagi.."


hahaha...so..kesimpulannya..tak payah kemas buat sementara waktu ini...Alhamdulillah...masuk bulan 3 ini..kerja dah makin kurang sedikit..disebabkan kesibukan itu lah..mood untuk kiki mengupdate blog ini tiada...jangan kata nak mengupdate blog...nak pergi jalan-jalan ke blog orang lain pun kiki dah lama tak buat...kiki dah lama tak tinggalkan jejak kat blog orang lain...kadang-kadang ada juga kiki jengah sekejap..tapi tak lama...cuma intai-intai..nak tahu cerita terbaru saja..lepas tu tutup...InsyaAllah..andai keadaan mengizinkan..kiki akan megaktifkan diri di blog kalian semua ok...