Isnin, Jun 28, 2010

Kesakitan Bumi



Bumi semakin sakit..
terlalu banyak bebanan yang telah ditanggung..
Bumi ini semakin hilang damainya
ia telah diragut oleh kerakusan dan kejahilan manusia
yang hanya mementingkan diri
tanpa mempedulikan kesakitan bumi..

Bumi semakin lemah..
kesakitannya semakin sukar diubati..
dan bila bumi memuntahkan segala kesakitan..
saat itu sudah terlambat untuk mengubatinya

dan dikala itu
terdengar tangisan manusia..
Rintihan manusia...
menyesal pun tak berguna

Sabtu, Jun 12, 2010

Sebentuk Hatiku


Kala rindu menyapa jiwa
wajahnya terlakar di segenap ruang taman langit
agar rindu ini bisa melabuh pada jiwanya

jika dirinya masih disini
hati akan mulai berbunga
kerana akan ada peristiwa yang mengamit jiwa

Sebentuk hatiku hanya untuknya
Mengiring langkah rinduku yang selalu untuknya
Maaf untuk semua caraku yang salah
Sungguh tak ada maksud untuk menyakitinya

Salahkah kuberikan hatiku...
andai dalam hatinya...
ada rindu..
yang cuba dipendam...
ada sayang..
yang cuba diketepikan...

Detik waktu terus berlalu...
dan..ku terbiar bersama rindu yang sering dipandang sepi...

::kiki2009::

Khamis, Jun 10, 2010

Ahad, Jun 06, 2010