Khamis, Disember 16, 2010

..Sekitar Hari Keluarga BSM 2010..

See Next Year!!!











Unit PTK & Unit S

Unit O & Unit Kaunseling

Unit T



Malam 1001 Malam







Dalam perjalanan menuju ke Cherating

Rabu, Disember 15, 2010

Kalaulah



Kalaulah
aku mampu menghapuskan
segala dukanya yang tak pernah terhapus
walau dek waktu yang berlalu

kalaulah
aku mampu mengenggam tangannya
untuk rasai hangatnya kasih
yang pernah wujud seketika dulu

kalaulah
aku mampu buatnya tersenyum kembali
agar dirinya tidak kalah pada hati yang terkurung

kalaulah.....
Angin bayu yang menyapa
mampu sampaikan segala hasrat dihati

Kalaulah
dirinya mengerti
akan semuanya...


Selasa, Disember 14, 2010

.. Noda ..



Ya Allah ampunilah diriku yang lelah ini..
jauh sudah ku melangkah
jauh sudah ku berjalan
semakin banyak noda yang tercalit di hatiku..

Ya Allah..terangilah gelap hatiku
aku hambaMU yang tidak sempurna..
imanku masih tidak teguh dengan kuat..
mudah goyah bila digoda..

Ya Allah..
diri ini tagih kasihMU..
diri ini adakalanya terlalu rindu padaMU..
tetapi rasa cinta ini masih tidak sempurna untuk Kau terima..



Isnin, Disember 13, 2010

:: Tekanan ::

Bila amarah sukar untuk diluahkan secara terus.. hanya mampu diam tanpa bersuara..terus berlalu mencari ketenangan...kesabaran ini adakalanya hampir menuju ke garisan penamat..

Ya Allah berikan ku kekuatan dan jalan untuk nyatakan kebenaran agar pendirian dihormati..

Jumaat, Disember 10, 2010

aLuNAn Rindu II



ku alunkan kembali Rindu
Rindu pada keindahan
waktu ada kamu
Rindu yang tak dapat meramalkan
Bilakah rindu ini akan berakhir

Ingin sekali
mendamaikan kembali
Ombak rindu yang begitu menghempas
hebat di pantai hatiku




Selasa, Disember 07, 2010

..Mungkin..

Mungkin patut melepaskan ...walaupun berat ....
tetapi ini mungkin lebih baik dari hati terus disakiti..
mungkin sudah ditakdirkan..hanya hadir untuk seketika..
seperti pelangi yang hadir hanya seketika..
bila tiba waktunya..
ia pun hilang dan tidak lagi kelihatan...