"Salam! Apa khabar? Aku nak menjemput ni! Sabtu ni aku ada wat makan2!!Dtg lah tau! Pas Zohor."
Kiki terima SMS dari kawan baik kiki. Selepas baca terus kiki reply.
Macam tak percaya saja dia hanya ajak semata-mata ada makan-makan...huhuhu"Salam,Alhamdulillah baik. Oh ye ke. Buat makan2 ke atau ko yang bertunang"
Selang beberapa minit.
"Baguslah...wat kenduri anak buah aku nak sunat daaa!"
Erm...boleh percaya ke dia ni...dia ini suka mengenakan kiki...Kiki abaikan saja SMS tersebut sehinggalah hari kejadian...
Pagi itu kiki ada latihan di Pejabat. Habis Latihan lebih kurang jam 3.00 petang. Ingat dari pejabat mahu terus ke rumah kawan baik kiki tu. Tapi bila dalam fikiran hanya ingat selepas Asar, kiki terus balik rumah dulu. Kononnya nak pergi lewat sikit sebab penat buat latihan masih lagi terasa. Tapi bila tengah rehat-rehat, kiki tengok balik SMS tersebut. ALAMAK! bukan selepas Asar lah, tapi selepas Zohor. Terus kiki bergegas bersiap cepat. Cepat pergi, boleh cepat balik. Ikutkan penat, memang malas nak pergi, tapi bila fikir bukan jauh sangat pun. Jadi kiki merajinkan diri untuk hadirkan majlis tersebut. Kiki hanya pakai baju simple saja.
Sampai di rumah kawan baik kiki tu. Dari jauh kiki lihat ramai pula orang di muka pintu rumah dia, segan pula kiki nak masuk. Jadi kiki terus ke pintu belakang rumah dia. Kebetulan kak lang dia ada di dapur dan terus panggil kiki.
"kiki, masuk...masuk...ct ada kat dalam...kenapa datang lambat?" tanya kak lang dan dia terus tunjuk ke bilik.
"Pergilah, ct ada dalam bilik" kata kak lang.
kiki jadi keliru...tapi dalam masa yang sama, kiki dah dapat agak. SAH! Dia kenakan kiki.
Masuk saja dalam bilik.
Kiki: CTTTTTTT, Jahatnya kau....kau tipu aku!!ct hanya tersengih-sengih memandang kiki.
Kak Ngah: Kiki, kenapa datang lambat?Kiki: Kak, ct nie lah....dia kenakan saya. Dia kata anak buah dia sunat. Mula-mula tak percaya juga, tapi saya abaikan saja. Nasib baik saya tak berbaju sukan datang ke sini. Kalau tak, segan saya tau.Kak ngah senyum mendengar cerita kiki.
Kak Ngah: lah ye ke...ala baju kiki pakai sekarang pun ok lah ni...dah..dah..pergi sebelah ct. Akak ambil gambar korang.
Ct: Sorry la...saja nak susprisekan kau. Jom kita ambil gambar. Kau tetamu terakhir. Dari tadi lagi aku tunggu kau. kan Kau kawan baik aku dari sekolah lagi.
EEEEeee...Geram juga kiki dibuatnya tau.
Kiki: Aah..ye la tu...Nasib baik aku merajinkan diri nak datang. Kalau diikutkan penat. memang malas nak datang sebab setakat anak buah kau yang bersunat pun.
Ct: Ala...sorry la...Sabar sajalah...
Walau apapun kiki nak ucapkan selamat bertunang!!!!!
Ct,
Kau dah jadi tunang orang lah. Aku doakan kau bahagia hingga akhir hayat ok.