Khamis, Februari 10, 2011

Puisi Terakhir



Bila sudah sampainya waktu
semuanya akan berakhir
tiada apa lagi yang hendak dikesal
yang mengiringi cuma kenangan

Puisi Terakhir yang tercipta
hanya buat mereka yang menginginkan secebis kenangan
agar mampu menyembunyikan segala kesakitan

Puisi Terakhir ini ...
buat dia,
buat kamu,
buat mereka,
buat sesiapa saja
yang mahu merasai
pengakhiran sebuah rasa
penghujung sebuah kehidupan
perhentian sebuah perjalanan

-kiki-
-26112009-

Selasa, Februari 01, 2011

..Kelemahan Diri..


Januari telah pun melabuhkan tirainya. Mungkin masih belum terlambat untuk diri ini mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Lahir buat temanku yang menyambutnya pada 13 Januari yang lepas. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan diri ini mengucapkannya pada dirinya. Tidak ku sangka masa sudah berlalu dengan pantasnya. Tak sangka 5 tahun sudah pun berlalu..tak sangka tahun ini hampir 6 tahun kami telah pun bersahabat. sememangnya diri ini begitu menghormatinya. Sungguh diri ini mengkaguminya. Terima kasih kerana sudi menjadi temanku. Terlalu banyak warna-warni sepanjang persahabatan ini. Terima kasih sekali buat kamu. Maafkan diri ini andai pernah membuatkan kamu terasa hati dengan sikap ku yang banyak kelemahan diri. Ilmu kamu tinggi, ilmu diri ini masih belum mencapai tahap piawaian. Erm...Moga kamu tidak jemu menegur setiap kelemahan diri ini.

Di penghujung bulan Januri hujan turun tanpa henti. Moga bulan Februari akan mendatangkan rezeki yang melipat ganda. Ya tugas ku juga kian menguji kekuatan mentalku..Moga diri ini mampu mengawal segala bentuk tekanan yang akan mendatang. Dan kesabaran amat diperlukan waktu itu. Kadang kala, diri ini tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Ya kiki!! Awak boleh!!..huhu..

"ku sendiri mencari jalan untuk menghuraikan segala kekusutan...Ya Allah, bantulah hambaMU ini yang mudah goyah hatinya..."



Bicara Hati : Rindu dengan seorang rakan ku 'sin chan'...mana lah dia membawa diri ya... masih sibukkah hingga tiada ruang waktu untuk teman-teman? wahai ' sin chan'... kalau kamu muncul di sini. ketahuilah..temanmu ini rindu akan gelak tawamu itu dan gurau senda kamu yang sering buat tersenyum tanpa henti ;) ...