Khamis, September 22, 2011

Sakit selepas sihat

Setelah beberapa hari menahan sakit tekak, suara kiki semakin sumbang untuk di dengari. Paling perit bila malam...terasa perit je tekak ni..bila minum air banyak..jawabnya berulang kali lah ke tandas, penat juga asyik nak ke tandas je.


" Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang."

Sudah lama tak makan ubat, walaupun bawa ubat ke hulur hilir tapi masih liat nak makan ubat... ermm..harap tahap kesihatanku masih terkawal..

Isnin, September 19, 2011

Berkongsi rasa..


Mood : Gembira kerana berkongsi rasa dengan ibu...

Wahai ibuku,

Terima kasih kerana membesarkan anakmu dengan penuh kesabaran. Anakmu yang degil ini, sering kali membuatkan hati seorang ibu menjadi sedih. Maafkan anakmu ini.

Wahai ibuku,

Terima kasih atas segalanya...tidak terbalas anakmu ini dengan jasa-jasa yang telah Ibu berikan.

Sekali lagi maafkan anakmu ini wahai ibuku...ketahuilah anakmu ini sentiasa sayang dan rindu pada ibu..

Sabtu, September 17, 2011

bicara tanpa suara


Diam seribu bahasa..
Tiada lagi kata yang membakar jiwa
Yang bersisa Cuma rasa yang kian membeku
Masa kian berlalu..
Ruang rasa semakin kematu
Keceriaan pelangi kian pudar
Menjadikan taman jiwa hambar

Kedinginan malam ditemani hujan mencurah-curah
Membuatkan hati semakin resah gelisah
Apakah makna diam tanpa suara
Mahu teruskan langkah atau berdiri saja

Bila rasa ingin melangkah
Hati ini bak menyimpan batu yang sungguh berat
untuk memulakan perjalanan
Dan bila rasa ingin terus berdiri
Hati ini bak kelemasan di lautan biru
Dan Keletihan mulai menguasai diri..

Diam ..
Sepi menemani lagi..
Yang kedengaran Cuma suara hati yang tidak keruan
Tinggalkan satu pesanan ringkas
Yang mampu meredakan emosi buat seketika


010710
00.15

Isnin, September 05, 2011

Kembali ke asal


Hari ini, kiki sudah bekerja semula setelah cuti berhari raya selama seminggu. Masih ramai lagi yang sambung cuti lagi. Jadi pejabat ini sedikit sunyi sepi. Kerja..kerja..kerja..marilah kita kerja..huhu..semangat..semangat.semangat... walaupun semangat tu dah hilang..


---------------------------------------------------------------------------------------
 



Perasaan tidak selesa itu muncul semula... kiki rasa dah tak sanggup menahan rasa tak selesa ni...Ya Allah bantulah hambaMU ini...hanya padaMU tempat ku memohon pertolongan.. Andai diberi pilihan sekali lagi....erm...mahu atau tidak kiki harus hadapi jalan yang telah kiki pilih itu...

Ya Allah, Kau tunjukkan ku jalan yang mampu aku keluar dari permasalahan itu...berikan ku ketenangan...ku bermohon dengan harap....

Jumaat, September 02, 2011

kerana perasaan itu..


Entah kenapa pagi tadi ku bermimpi pada sahabatku itu.. dan setelah aku terbangun rasa rindu mulai menerpa di hatiku...hati ku begitu meronta-ronta ingin menghubungi dia.. tetapi entah kenapa tindakan ku tidak sama dengan rasa hatiku...seolah-olah rajuk ku masih lagi bersisa. Dalam mimpi itu pun ku masih lagi buat endah tak endah..tetapi akhirnya ku mengalah...adakah secara realitinya..aku harus beralah juga..? Ermm....

Wahai sahabatku...
Mungkin rasa sayangku ini membuatkan diri ini merindui kamu..walau berkali kau membuatkan rajuk dihati ini...cuma kali ini berbekasnya terlalu melekat dihati...


----------------------------------------------------------------------------


Bagaimanakah aku ingin keluar dari jerat yang menyesakkan hati ku...Ya Allah bantulah hambaMU ini...hanya Kau yang tahu mana terbaik untukku...Kau hilangkan rasa ku itu pada dirinya...supaya aku boleh memulakan sekali lagi dalam pencarian yang rumit ini...bantulah hambaMU ini untuk melepaskan segalanya...agar rasa itu seperti sedia kala....ku bermohon padaMU Ya Rabbi...