Hari Kedua, Kelas bermula pukul 8.30pagi. Sebagai langkah berjaga-jaga kami memakai mask kerana waktu itu ramai yang batuk.
Kelas tamat pukul 4.30 petang. Masing-masing sudah tidak sabar untuk balik ke bilik masing-masing. Aktiviti bebas bermula.Bila dah nampak kolam adik-adik kiki dah teruja nak berendam. Bila tengok mereka begitu teruja. Kiki pun ikut serta sekali. huhu..
Jam 8.30 Malam. Majlis Makan Malam bermula. Tema malam itu adalah 'Stylo'. Acara yang dilakukan pada malam itu ialah :-
1)Karaoke
2)Persembahan
- Unit S - Boria (Naib Juara)
- Unit L - Skesta Anak Tanggang Moden(Juara)
- Unit O - Tarian Medley
- Unit T - Urban Dikir Jai Ho (Tempat Ketiga)
- Unit K - Nyanyian
3)Cabutan bertuah
4)Stylo Man dan Stylo Girl
kiki sebenarnya tak sangka unit kiki boleh dapat tempat ketiga. Di antara semua unit, kami lah unit yang paling sopan.hehe.Group kami tidak bersuara, sekadar duduk dan mengerakkan tangan dan badan sahaja.Nasib baik kami memilih lagu rancak. Penonton tukang sorak untuk memeriahkan persembahan kami yang tak seberapa itu. Sepatutnya kami buat persembahan seramai 9 orang tetapi disebabkan pentas kecil, hanya 6 anak dara sahaja yang membuat persembahan. 3 mak dara undur diri,katanya bagi peluang anak dara buat persembahan..huhuhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan