Isnin, September 28, 2009
Aktiviti Hujung Minggu
Selepas itu kami pergi ke Carefour pula beli barang dapur. Semasa di sana, kawan kiki telefon.
"W, Ko kat mana?"
"Aku kat Carefour. Kenapa?"
"Bila kau nak balik? kejap lagi aku nak datang rumah kau"
"Ok, kejap lagi aku balik,lagipun dah lama aku keluar"
Sampai rumah pukul 5 lebih. Lebih kurang pukul 6, kawan kiki pun datang bersama suami, anak dan 2 orang sepupu dia.
Pukul 8 malam, kiki kena hantar papa dan Ibu kiki pergi HKL sebab mereka mahu melawat orang sakit. Selepas itu kiki hantar pula adik lelaki kiki pergi Pudu. Balik dari Pudu, kiki jemput Papa dan Ibu di Hospital.
Jumaat, September 25, 2009
Rintihan Seorang Hamba
rintihan seorang hamba
yang sudah terlalu banyak dosa mengalir
lalu ku cuba basuh satu persatu noda hitam
dan kesannya masih lagi terlekat dijiwa
kepadaMU Tuhan...
ku mohon ampun di atas dosa..
Isnin, September 14, 2009
Kursus dan Hari Keluarga-III
----------------------------------------------
Acara pecah belon
------------------------------------------
Acara Jejak Panglima
-------------------------------------------
---------------------------------------------------------
Acara Mewarna untuk kanak-kanak
-----------------------------------------
Acara melipat suratkhabar
--------------------------------------------------------
Acara Mencari madu...bukan mencari isteri kedua ye..huhu
-------------------------------------------
Acara Titian kasih
--------------------------------------------------------
Acara Makan Epal
-------------------------------------------
Acara Tarik Tali
Group Retreat
Group Crew
Group Crew kalah, jadi orang kuatnya kena humban ke kolam oleh anak-anak buahnya..
---------------------------------------------------------
Acara akhir ialah gambar beramai-ramai.
Selasa, September 08, 2009
Kursus dan Hari Keluarga-II
Kelas tamat pukul 4.30 petang. Masing-masing sudah tidak sabar untuk balik ke bilik masing-masing. Aktiviti bebas bermula.Bila dah nampak kolam adik-adik kiki dah teruja nak berendam. Bila tengok mereka begitu teruja. Kiki pun ikut serta sekali. huhu..
Jam 8.30 Malam. Majlis Makan Malam bermula. Tema malam itu adalah 'Stylo'. Acara yang dilakukan pada malam itu ialah :-
1)Karaoke
2)Persembahan
- Unit S - Boria (Naib Juara)
- Unit L - Skesta Anak Tanggang Moden(Juara)
- Unit O - Tarian Medley
- Unit T - Urban Dikir Jai Ho (Tempat Ketiga)
- Unit K - Nyanyian
3)Cabutan bertuah
4)Stylo Man dan Stylo Girl
kiki sebenarnya tak sangka unit kiki boleh dapat tempat ketiga. Di antara semua unit, kami lah unit yang paling sopan.hehe.Group kami tidak bersuara, sekadar duduk dan mengerakkan tangan dan badan sahaja.Nasib baik kami memilih lagu rancak. Penonton tukang sorak untuk memeriahkan persembahan kami yang tak seberapa itu. Sepatutnya kami buat persembahan seramai 9 orang tetapi disebabkan pentas kecil, hanya 6 anak dara sahaja yang membuat persembahan. 3 mak dara undur diri,katanya bagi peluang anak dara buat persembahan..huhuhu..
Sabtu, September 05, 2009
Terima Kasih 'AA'
Terima Kasih kerana telah memberikan satu hadiah ketika hati ini sedang dilanda rindu...dan rindu ini semakin bertambah-tambah melihat Tempat kejadian yang pernah 'hilang'...Tidak sabar rasanya untuk bersembunyi dan bermain-main di Taman Tempat Kejadian yang penuh dengan memori indah itu. Alunan melodinya sudah cukup membuatkan hati ini terus berada di dunia berwarna warni bak pelangi itu.
September hadir lagi bersama rindu padanya......................................
dan ia membuatkan diriku berbicara pada bulan dan bintang di malam.......
Wahai bulan...pancarkan rinduku ini padanya
wahai bintang...kerdipkan rinduku ini padanya...Andai dia dapat merasakannya...........
Khamis, September 03, 2009
Kursus dan Hari Keluarga-I
Oleh kerana Unit kiki menjadi urusetia untuk Kursus tersebut. Jadi kami pergi bertolak awal dari yang lain. Kami bertolak lebih kurang pukul 1.30 petang.
Lebih kurang pukul 3.30 petang kami pun sampai di Hotel tersebut.
Kira-kira Pukul 5 lebih. Bas pun sampai.
Setelah semua peserta sampai, kami pun naik ke bilik masing-masing untuk berehat seketika.
Kelas akan bermula jam 8.30 malam sehingga jam 10.30 malam.