Ahad, Januari 12, 2014

Mangsa


bila semua berlari mengejar pada keinginan
leka pada duri kesakitan menimpa
gagah melanggar semua tiang-tiang penghalang
amarah semakin lekat dijiwa

pantas sekali mereka turuti hati yang bercelaru
tanpa peduli pada janji Yang Satu
kejam sungguh rasa itu
tindakannya seperti menikam bertalu-talu pada mangsa

segala irama yang dimainkan
sudah sumbang melodinya
empunya diri telah menjadi mangsa..
kesan hati seolah-olah tercalar..

rasa hati seorang mangsa
berkali-kali di tikam
walau parah keadaannya
tetap cuba gagah berdiri mencari perlindungan
bersembunyi di balik tirai kekuatan

jangan di tanya mengapa dibiarkan diri terus menjadi mangsa
bila diri berada di tempat kejadian
pasti tak terjangka akan lekat rasa itu..

Ahad, Disember 29, 2013

Hanya Waktu


masihkah dirimu terimbas
akan saat kita bertemu dan berjanji

kita memilih untuk membiarkan hanya waktu
membuat keputusan tentang jalan yang harus kita tuju..

hanya waktu itu
membuatkan kita bertemu dan berbicara
kita sembunyikan sebuah rasa yang tak pasti
dan diriku cuba mengejar waktu

bila waktu itu
harus ku temui jawapan pada satu kepastian
walau lelah rindu ku tidak bersahut
walau waktu itu terus menerus berjalan tetapi masih lagi ku berharap

hanya waktu ini
yang membuatkan kita masih lagi tersenyum
kerana bait-bait bicara masih lagi mengalunkan nada
walaupun tidak lagi serancak melodi yang pernah di alunkan..

hanya waktu ini
yang dapat kamu berikan jawapan untuk sekian kalinya..

..
..
..
..adakah waktu ini kebetulan ataupun suratan?

Sabtu, Disember 21, 2013

untukmu sayang

untukmu sayang ku hadirkan sebuah tanya ku hadirkan sebentuk hati ku hadirkan serangkap puisi agar kamu bisa menatapnya saat ku harus tinggalkan ruang waktu ku disini

Jumaat, November 15, 2013

Bila Mentari Muncul Untuk Seketika

بسم الله الرحمن الرحيم
Kekok. Setelah lama meninggalkan tempat ini, hingga diriku berasa asing berada di tempat yang pernah ku bermain dengan emosi dan perasaan. Berhabuk sudah! Maafkan diri ini buat seseorang yang pernah setia menemaniku di sini satu waktu dahulu. dek kerana kekangan masa, walaupun kami semakin jarang berkomunikasi tetapi dia masih sudi untuk bersiap sedia saat dirinya masih dicari satu hari nanti.
Aku tahu ini semua tak adil Aku tahu ini sudah terjadi Mahu bilang apa aku pun tak sanggup Air mata pun tak lagi mau menitis

Isnin, Disember 12, 2011

..Kembali Makan ubat...

Setelah hampir beberapa bulan diri ini tidak memakan ubat dan doktor telah memberi nasihat beberapa kali..mahu atau tidak aku cuba makan semula ubat yang doktor berikan. Sekali lagi aku mengalami simpton-simpton yang kurang menyenangkan.

- Rasa nak muntah
- Ada sesetengah makanan tidak boleh bau 
- Rasa muak bila melihat sesetengah makanan
- Adakalanya badan terasa amat lemah sekali, sejuk dan berpeluh

Ya, itu ubat saya!!  kenapa, tak percaya ye...


Rabu, Disember 07, 2011

..di sekitar percutian satu keluarga..Part 1.

Pada 03hb November yang lalu, kami satu keluarga telah pulang ke kampung halaman ayah. Buat pertama kalinya kami beraya di kampung. Pertama kali juga kami sekeluarga melaksanakan Ibadah Qurban. Kami agak teruja dengan perjalanan ini. Inilah family trip yang kedua. Dulu masa tahun 2005, hanya seramai 10 orang, kali ini 2011, bertambah menjadi 13 orang. 

Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi. Tiba di LCCT lebih kurang jam 6.30 pagi. Parking kereta di Tune Hotel. Flight pula jam 7.55 pagi, memang bila sampai LCCT agak kelam kabut. Keadaan yang cukup tegang. Meletihkan... masa tahun 2005 pun kelam kabut juga di lapangan terbang. Nasib..nasib...huhu


  Kami akan bertolak sebentar lagi..
 



Abang dan kakak tekun mengisi form..

Pemeriksaan di Lapangan Terbang MinangKabau


Bapak borek, anak rintik....
Inilah bas yang kami sewa.
Inilah dia laluan ke Terowong Jepang, kena tempuhi 230 anak tangga...Semputt....


Jemput makan...


Semua teruja melihat lampu picit yang unik..