Jumaat, Jun 19, 2009

Tahniah buat adik!!!

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : xxxxxxxxxxxxx
NAMA : SUFIATURRAHMAH BINTI SYAHRUDDIN
KATEGORI : A - Kategori STPM 2008 Aliran Sastera
ANGKA GILIRAN : SWxxxxx


--------------------------------------------------------



TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :



KOD PROGRAM : WA22

NAMA PROGRAM : SAINS SOSIAL (PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN)

IPTA : UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

URL SURAT TAWARAN : http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran



CATATAN :

1) Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 19 Jun 2009 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 26 Jun 2009.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat adik kiki...sebenarnya adik kiki hanya memohon Universiti sekitar KL sahaja dan memilih jurusan pendidikan tetapi nampaknya apa yang diinginkan tidak dapat....

Ermmm...jauhnya ingatkan dapat KL je.....mesti kiki akan rindu dia..rindu dengan perangai dia yang suka menyakat kakak-kakaknya...huhuhu

...Dan Bila hati ini sentiasa teringat...




Hati meronta ingin berbicara
di tempat kejadian yang penuh dengan memori
membuatkan hati kelam
kian bercahaya..

Terukir akan senyuman yang penuh erti
terkenang akan bicara yang mengusik hati
rasa diri tidak pernah rasa sendiri
kerna yakin ,akan ditemani

Tercipta kata hati ini..
dari jauh memerhati
kerna takut untuk mendekati

rasa mahu terus menanti..
harapnya hadir ke sini

Motor Pancit lagi

wargh!!!Tekanan kiki dibuatnya...motor kiki pancit lagi kat pejabat...nasib baik kawan kiki tak balik lagi..kiki pinjam hp dia untuk call H...

"H...,kat mana? dah balik ke?

"belum lagi kak...nape kak?

"motor akak pancit lagi la H"

"ye ke...akak call la abg R..akak ada no dia kan"

"lor...kena call dia ke..ermm..oklah..akak tak sure simpan lagi ke tak..kalau tak ade..akak sms k"

Adoiii!! kena juga call mamat tu...dalam keterpaksaan kena juga call minta bantuan...

"Hello, R...kat mana?"

"kat atas la...tengah main ping pong"

"awak..tolong saya leh...motor saya pancit la...eja nie.."

"ouh awak...ok jap lagi saya call balik no nie...saya nak main ping pong jap"

"no nie..bukan no saya..call no saya je...la..tak kan saya tunggu abis main ping pong pula...sekarang la...saya nak balik cepat lah.."

eee...geram betul kiki....ada ke patut nak tunggu dia abis main ping pong baru nak turun...dah la kita nak balik cepat..dia nak lengah-lengah pula...

selang beberapa minit kemudian dia call semula..

"awak kat mana?"

"kat bawah la..tempat biasa saya park motor..."

"awak bawa motor tu ke tempat hari tu yang saya repair motor tu"

"ok.."

Erm...kalau diberi pilihan...kiki lebih suka repair kat bengkel dari kena berhubung mamat tu untuk repair...tapi....terpaksa.....TAK SUKA ! TAK SUKA! TAK SUKA!....

Sepanjang dia repair motor tu...dia asyik cari pasal je...asyik nak memerli je..

"awak nie tahu bawa motor je...tapi pasal motor awak tak tahu..bla..bla.bla..bla..bla"

sabar je la ...tangan dengan mulut sekali berjalan buat kerja...rasa nak je kiki pergi dari situ..biar dia repair seorang diri...tapi....tak baik pula buat macam tu...jadi terpaksa la menyabarkan diri je...Sebenarnya dia tak berapa reti nak tukar tayar motor kiki tu...katanya rumit sikit...tu yang lama juga nak tunggu dia siapkan kerja tu...Apa pun Terima kasih lah sudi membantu...

Semasa menunggu dia tukar tayar tu...kakak kiki call tanya kenapa lambat balik... ayah tanya sebab risau motor pancit lagi...memang tepat sangkaan ayah kiki...memang pancit pun...ayah kiki musykil kenapa motor kiki asyik pancit...takut ada orang khianat je...huhuhu....erm...sebenarnya kiki tak terfikir pula..tapi bila ayah kiki cakap macam tu...baru kiki terfikir...huhuhuhu...fikir positif..positif..tak pe..tak pe..kita tengok sebulan dua ni..pancit lagi ke tak....

Selasa, Jun 16, 2009

Tidur Mati!!


Panik lihat lelaki tidur dalam kereta


KUALA LUMPUR: Adegan cemas yang melucukan apabila seorang lelaki yang disangkakan mati di dalam kereta hingga menimbulkan suasana panik orang ramai sebaliknya didapati sedang ‘tidur mati’ hingga langsung tidak sedar pintu keretanya diketuk bertubi-tubi.

Dalam situasi cemas jam 6.15 petang semalam, mangsa yang ditemui orang ramai terbaring dalam kereta disyaki mati selepas tidak memberi tindak balas walaupun pintu kenderaannya diketuk berulang kali.

Mangsa yang berusia 40-an ketika itu sedang tersandar di tempat duduk hadapan keretanya yang diletakkan di hadapan Wisma Umno, Batu Caves.

Bagaimanapun, kewujudan mangsa mula menimbulkan rasa sangsi orang ramai selepas mangsa langsung tidak bergerak walaupun selepas lebih satu jam meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan.

Seorang saksi kejadian, Yusoff Mohamed, 36, berkata, mangsa yang ‘kaku’ di dalam kereta berkunci berkenaan menimbulkan tanda tanya orang ramai yang mengesyaki mangsa berkemungkinan mati lemas di dalam kereta dinaiki.

“Beberapa lelaki pergi ke kereta terbabit sebelum cuba mengetuk cermin kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, usaha untuk mengejutkan mangsa bagaimanapun tidak berhasil apabila lelaki berkenaan langsung tidak bergerak walaupun keretanya turut digoyangkan orang ramai.

“Berikutan itu, orang ramai menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan sementara menanti mereka memecahkan cermin kereta mangsa sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bagaimanapun terkejut apabila mangsa yang disangka tidak sedarkan diri, tiba-tiba bangkit sebelum terpinga-pinga melihat orang ramai mengerumuni keretanya.

“Mangsa yang mungkin panik segera mengundurkan kenderaannya sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.



Petikan dari : MyMetro


Kelakar je bila kiki baca berita ini.....hehehe..kiki cuba bayangkan orang tu panik dan terus pecut kereta dia tu...dah lah pergi macam tu je....huhuhu...bahaya betul orang yang tidur mati ini...

Isnin, Jun 15, 2009

Ingatlah Hari ini

Khas buat teman-teman kiki yang hadir dalam hati ini...

Terima Kasih kerana kalian sudi hadir menjadi teman kiki...kenangan bersama kalian semua akan kiki ingat hingga akhir hayat..InsyaAllah...moga persahabatan kita akan terus terpelihara...walaupun jarak dan waktu tidak mengizinkan kita bersama...Ingatlah saat kita bertemu




Kamu sangat bererti
Istimewa dihati
Selamanya rasa ini
Jika tua nanti
Kita telah hidup masing-masing
Ingatlah hari ini

Ketika kesepian menyerang diriku
Gak enak badan resah tak menentu
Ku tahu satu cara sembuhkan diriku
Ingat teman-temanku

Don't you worry just be happy
Temanmu disini




petikan lirik lagu :Ingatlah Hari Ini-ProjectPop

Tinggal Kenangan..



Inilah keadaan tempat kerja kiki sebelum ini...hampir 5 tahun kiki kerja di Syarikat APRSB, Sebelum kiki bertukar kerja ke tempat sekarang. Pada tahun 2005, syarikat tersebut begitu berjaya..Kami rakan-rakan sepejabat bagai sebuah keluarga..Tetapi yang terindah hanyalah sementara...selepas syarikat tersebut berpindah. Satu persatu 'bencana' menimpa...dan satu persatu pekerja mengundurkan diri dari syarikat tersebut...semuanya berpunca dengan sikap orang atasan..sayang seribu kali sayang..syarikat tersebut cukup berpotensi besar...tetapi kerana sikap, punah segalanya...kadang kala..bila diimbau kembali kenangan di situ..cukup menyentuh perasaan...Terlalu banyak yang kiki belajar di situ..

Setelah kiki tinggalkan syarikat tersebut selama setahun lebih.Hati ini rasa sedih, kiki sendiri tak pasti kesudahan syarikat tersebut.Adakah masih boleh bertahan atau akan berkubur...kali terakhir kiki dengar syarikat tersebut hanya tinggal empat orang pekerja...

Bayangkan bermula dari 3 orang pekerja termasuk Bos hinggalah semakin meningkat hingga dua puluh lebih...dan kini beransur kurang kembali....

Bayangkan dulu mampu menyewa 3 tingkat sekarang hanya mampu menyewa satu tingkat...

seandainya En.Bos cepat memperbetulkan kesilapan dan mengakui kelemahan diri..pasti kiki dan rakan-rakan yang lain akan terus bekerja di situ lagi...tapi sayang seribu kali sayang.......kiki pasti..mereka yang pergi semuanya dengan hati yang kecewa...tetapi apakan daya..walau hati berat nak pergi..tapi terpaksa melangkah pergi...


kepada En.Bos dan Pn.Bos yang berkenaan...
Saya mewakili semua pekerja yang pernah berkhidmat di syarikat Encik mengucapkan Terima Kasih kerana sudi mengambil kami semua bekerja di syarikat Encik.

En.Bos dan Pn.Bos,
Maafkan kami andai kami pernah melakukan kesilapan...Pelbagai cerita yang kurang enak yang saya dengar mengenai Encik dan syarikat Encik..Seandainya Encik mahu berjaya kembali...ubah lah sikap Encik dan jangan cepat berprasangka buruk...InsyaAllah...perniagaan Encik akan berjaya!!


Selasa, Jun 09, 2009

...bawa hatiku dan hatimu...


Ku bawa hatiku...
dan ku bawa hatimu sekali
merasai sebuah kebahagiaan dari kehilangan
agar kita menemui erti sebuah perasaan

Ku bawa hatiku..
lantas ku bawa hatimu sekali
untuk kita menyelami rahsia hati

Ku bawa hatiku..
lalu ku bawa hatimu sekali
mengecap nikmat yang diberikan olehNYA..
menjaga keluhuran hati
agar tidak dicemari dengan nafsu semata..
moga rasa ini mendapat keredhaan dariNYA...

Ingin sekali ku bawa hatimu
bersama hatiku...
tapi.........

..Picnic lagi..

dan bila cuti sekolah bermula...


Menu picnic...ala kadar je..



kupu-kupu datang menyinggah sebentar







mari kita bersuka ria!!!





Ini dia 3 orang cucu saudara kiki...Faris,Nana dan Helmi..huhuhu..muda-muda dah ada cucu tu...tak sesuai panggil nenek..kiki bahasakan diri kakak je...huhu



Ini dia rupa tangan Faris...walaupun tangan dah kecut..tapi masih nak mandi juga...bila ajak balik..tak nak...puas maknya pujuk

Rabu, Jun 03, 2009

Sehari ke Bidor, Perak


En. S sedang membaca sms dari BC dan tengah mencari alasan nak bagi kat BC.



En. S speed akan mencecah sampai 150km/j ..tu pun kena jeling-jeling dengan mak angkat kat belakang..sambil mak angkat kata 'ingat orang tersayang...." huhuhu..tapi bila mak angkat leka je..makin naik meternya tu...hahaha...En.S....kiki intai kat belakang tau..hahahaha



walaupun makanan di depan mata...sms harus diberikan pada BC dulu..untuk buat report harian...huhuhuhu..



Nak balik pun still SMS pada BC juga..buat report nak balik dah..huhuhu...



bersiap sedia...JOm kita Balikkkkkkk!!!!!!



Koleksi kereta En.S



Inilah rupa Handphone En.S yang telah rosak setelah jatuh dan dilanggar pula oleh kereta lain....nasib..nasib..nasib...

Selasa, Jun 02, 2009

sampaikan rindu



aku sampaikan rindu dari sana
walau jauh beribu batu
walau dekat selangkah
rindu ini pasti mengiringiku

Ada apa dengan ucapan Terima Kasih



Terima Kasih..


mungkin ungkapan ini membuatkan dirinya tertanya-tanya..mengapa perlu ucapkan terima kasih..padahal tiada apa yang dilakukan.

Ucapan itu ku tujukan buat seseorang..yang dirinya langsung tidak menyedari..apa yang dilakukan telah membuat hati ini hilang sedikit bebanan yang sering tercari-cari. Mungkin semua ini kebetulan..dan mungkin ini sudah ditakdirkan...

Disaat diri ini terasa 'kehilangan'...dan tercari-cari 'sesuatu' yang bisa meringankan bebanan itu...tiba-tiba hadir pula 'sesuatu' yang muncul...membuatkan rasa itu pergi...Ya kebetulan lagi...acap kali kebetulan berlaku antara diri ini dengan dirinya...mungkin dirinya tak menyedari....adakah ini suratan atau kebetulan...?



Bicara Hati : hanya Tuhan yang tahu....dan tanya hati itu...

zon Sibuk sudah pun berlalu...

zon sibuk sudah pun berlalu...cukup meletihkan...semuanya dilakukan dalam tempoh tak sampai 2 minggu..Mesyuarat yang asyik tertangguh..memaksa kami terpaksa bekerja dengan bertungkus lumus dalam tempoh tak sampai 2 minggu...buat pertama kalinya kiki terpaksa berada di pejabat walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam...letih...walaupun mata sudah semakin layu..tetapi terpaksa gagahkan diri pula untuk pulang...

Alhamdulillah..akhirnya semuanya selesai pada masa ditetapkan..dan semua berjalan dengan lancar...




Bicara Hati: dan sebenarnya nak tenangkan hati..dengan melihat bintang......