Selasa, Jun 16, 2009

Tidur Mati!!


Panik lihat lelaki tidur dalam kereta


KUALA LUMPUR: Adegan cemas yang melucukan apabila seorang lelaki yang disangkakan mati di dalam kereta hingga menimbulkan suasana panik orang ramai sebaliknya didapati sedang ‘tidur mati’ hingga langsung tidak sedar pintu keretanya diketuk bertubi-tubi.

Dalam situasi cemas jam 6.15 petang semalam, mangsa yang ditemui orang ramai terbaring dalam kereta disyaki mati selepas tidak memberi tindak balas walaupun pintu kenderaannya diketuk berulang kali.

Mangsa yang berusia 40-an ketika itu sedang tersandar di tempat duduk hadapan keretanya yang diletakkan di hadapan Wisma Umno, Batu Caves.

Bagaimanapun, kewujudan mangsa mula menimbulkan rasa sangsi orang ramai selepas mangsa langsung tidak bergerak walaupun selepas lebih satu jam meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan.

Seorang saksi kejadian, Yusoff Mohamed, 36, berkata, mangsa yang ‘kaku’ di dalam kereta berkunci berkenaan menimbulkan tanda tanya orang ramai yang mengesyaki mangsa berkemungkinan mati lemas di dalam kereta dinaiki.

“Beberapa lelaki pergi ke kereta terbabit sebelum cuba mengetuk cermin kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, usaha untuk mengejutkan mangsa bagaimanapun tidak berhasil apabila lelaki berkenaan langsung tidak bergerak walaupun keretanya turut digoyangkan orang ramai.

“Berikutan itu, orang ramai menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan sementara menanti mereka memecahkan cermin kereta mangsa sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bagaimanapun terkejut apabila mangsa yang disangka tidak sedarkan diri, tiba-tiba bangkit sebelum terpinga-pinga melihat orang ramai mengerumuni keretanya.

“Mangsa yang mungkin panik segera mengundurkan kenderaannya sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.



Petikan dari : MyMetro


Kelakar je bila kiki baca berita ini.....hehehe..kiki cuba bayangkan orang tu panik dan terus pecut kereta dia tu...dah lah pergi macam tu je....huhuhu...bahaya betul orang yang tidur mati ini...

Tiada ulasan: