Isnin, Julai 27, 2009

Jamuan

Khamis lepas, Bahagian kiki buat jamuan dan juga acara penyampaian hadiah kepada pemenang untuk Indoor Games...

Ini dia..Pemenang bagi Permainan Congkak..Cik N(Anne).kemenangan ini yang satu-satu dari Unit kiki yang berjaya mendapatkan hamper...
Tahniah!!kerana berjaya juga akhirnya....walaupun akak kalah..terubat juga tau...huhu
...


Jom kita serbu hamper dia..huhu...


tu dia...macam dapat hamper besar je...huhu..



Tu dia dua pekerja contoh..tak sabar-sabar buka sampul dapat duit berapa..huhu..TAHNIAH!!ANDA BERDUA MEMANG PEKERJA CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG...CUBA BILANG DUIT TU ADA BERAPA..huhu..BELANJA!!BELANJA! PSTTT... dak Anne tu.. hanya menyelit je...tak pa..tak pa...tak lama lagi hang lak yang dapat k..sabaq ..sabaq..

Rabu, Julai 22, 2009

Program Kelancaran Kempen Kebersihan Awam

Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini....


H1N1 masih terkawal -TPM

KUALA LUMPUR 20 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak bimbang dengan penularan pandemik selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini walaupun lebih 800 kes telah dicatatkan kerana ia masih bersifat terkawal.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan pantas kerajaan melalui Kementerian Kesihatan berjaya memastikan kebanyakan yang dijangkiti wabak itu sama ada dari luar negara atau kes tempatan dirawat sehingga pulih.

Katanya, kejayaan itu boleh diukur apabila setakat pagi ini hanya tujuh kes sahaja yang masih dirawat di hospital.

"Masih terkawal, langkah kita boleh dikatakan berkesan, sekarang pun nampak kes-kes dan insiden baru sudah berkurang, angka tidak seperti awal-awal dulu, mungkin kerana kesan kempen dilancar awal.

"Malah mereka yang dikatakan positif sebelum ini, telah kembali pulih dalam tempoh yang cepat dan bilangan (belum pulih) yang ada kecil," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen kebersihan awam bagi menangani pandemik Infuenza A (H1N1) peringkat kebangsaan.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan timbalannya, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mengikut rekod kementerian, sehingga 8 pagi ini, 874 kes influenza dilaporkan di negara ini dengan 567 kes import dan 307 jangkitan tempatan dan tiada kematian dilaporkan.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, 116, 954 kes H1N1 dengan 557 kematian di rekodkandi seluruh dunia sehingga 16 Julai lalu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Muhyiddin berkata, langkah membendung penularan H1N1 kini perlu beralih kepada fasa mempertimbangkan kesedaran orang ramai ke arah pencegahan penyakit itu.

Kata beliau, tidak dinafikan penularan wabak H1N1 berkait rapat dengan kesedaran dan amalan individu terhadap kebersihan diri dan persekitaran.

"Kita tidak boleh ambil mudah, kalau ambil mudah mungkin meningkat dan jadi masalah kepada kita," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan beberapa langkah yang diambil dalam usaha pencegahan seperti penubuhan kelab 3K di sekolah-sekolah.

Katanya, kelab itu memberi penumpuan kepada aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang dilihat sebagai kaedah terpenting bagi memastikan penyakit menular seperti H1N1 dikekang dengan baik.

"Saya telah sebutkan penting kerjasama daripada masyarakat dan peranan pertubuhan -pertubuhan bukan keajaan (NGO) untuk membantu menjayakan kempen kita.

"Saya mahu ini diberikan perhatian dan sebab itu minta pihak berkuasa tempatan (PBT) ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya dan menguatkuasakan undang-undang yang ada untuk memastikan kebersihan sentiasa dijaga," katanya.

Jelas beliau, selain PBT dan NGO, jawatan kuasa penduduk dikawasan perumahan juga perlu membantu menangani penularan H1N1.

"Penyertaan pelbagai pihak itu selaras dengan gagasan Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Kempen yang dilancarkan hari ini memerlukan kita bersatu untuk menangani wabak H1N1 ini," katanya.

Katanya, dalam usaha pencegahan penyakit tersebut, aspek-aspek yang selama ini dipandang remeh seperti kebersihan tandas diberi perhatian sewajarnya.

"Audit yang dijalankan oleh Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2008 terhadap tandas-tandas awam di kawasan seliaan PBT menunjukkan 16, 990 tandas PBT dan swasta berada pada tahap gred C dan D," katanya.

Kata beliau dari aspek kebersihan, pihak PBT perlu menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kebersihan tandas-tandas awam dan persekitaran masyarakat dijaga.

"Ini bagi menangani penularan pandemik H1N1," katanya.

Credit : UtusanOnline


Selasa, Julai 21, 2009

Kancil VS Perdana




Hari Ahad lepas...kiki pergi Bukit Beruntung dengan Kawan-kawan....disebabkan En.Perdana tak muat untuk menampung penumpang yang terlebih muatan jadi Cik Kancil yang tak berapa sihat sangat tu kena gagahkan diri bawa penumpang...Cik Kancil bukan boleh jalan jauh cepat semput...Pada mulanya..kiki ingatkan Cik Kancil ekori Perdana...tapi disebabkan En.Perdana tak tahu jalan..kenalah En.Perdana ikut Cik Kancil dari belakang...Cik Kancil tahu...En.Perdana ni mana senang duduk kalau Cik Kancil hanya speed setakat 80KM/J...Jadi nak tak nak Cik Kancil kenalah menguatkan semangat untuk menambah kelajuan...woo....terkejut En.Perdana...tak sangka Cik Kancil boleh menambah kelajuan...Tapi...belum sampai destinasi....Cik Kancil dah tak larat...kepanasan...jadi terpaksalah..Cik Kancil berehat seketika....huhuhu....nasib baik kesihatan Cik Kancil dah ok kembali.....

walau bagaimanapun, Cik Kancil sedar diri...manalah padan nak bersaing dengan En.Perdana tu...huhu...En.Perdana....nanti lah kalau nak bersaing...kena sama padan...baru boleh bersaing...huhuhu

Isnin, Julai 20, 2009

Minggu In-door Games [III]

Hari Kelima : Permainan Karom dan Tutup Botol....kiki kalah untuk permainan Tutup Botol..huhu...


Mr.X lawan 2 orang...riuh dengan aksi dia yang berlagak...huhu..Mr.X...berjaya kalahkan 2 orang pesaingnya..dan akan berjumpa dengan pesaing seterusnya...Mr X..JANGAN berlagak sangat ya huhu...

Juri begitu teliti melihat pemain si gadis berbaju biru..


aksi si gadis berbaju biru...kiki kalah dengan dia..dia terer sangat..huhu..tengoklah pesaing dia..tension je muka dia..hehe




Nota : Pemenang untuk semua acara masih tidak diketahui lagi kerana untuk peringkat final masih belum lagi dipertandingkan...

Sabtu, Julai 18, 2009

Ringkasan Hati

seperti ayat yang ringkas
sekadar ingin meringkaskan
segala bait-bait puisi yang terbias
semua serba ringkas...

hati ini ingin meringkaskan
segala rasa agar yang dapat
meyimpulkan segala makna

Khamis, Julai 16, 2009

Minggu In-door Games [II]



Hari ketiga : Permainan Dam dan Anyam ketupat...kiki tak join pun kedua-dua games ni...tetapi disebabkan salah seorang pemain Unit kiki tak hadir, jadi kiki pun kena menggantikan pemain tersebut....huhu...Alhamdulillah..kiki menang untuk pusingan pertama....bila masuk pusingan kedua..kiki kalah..disebabkan kiki hilang tumpuan...eish..tak puas hati la..hehehe..F....kita main semula boleh tak..hehehehe..





Hari keempat : Permainan Lidi..ada 3 Group dan mereka semua bertanding sesama sendiri...Alhamdulillah...Group kiki...kiki yang menang..hehehe...waktu main permainan ni..memang bising...masing-masing teruja kerana dah lama tak main...sikap semua dah menjadi macam zaman kanak-kanak dulu...seronok tengok gelaagat masing-masing...haru biru jadinya...


Nota: Kemungkinan permainan Lidi akan diadakan semula...huhuhu..Harap-harap..kiki boleh menang lagi..kalau kalah...anggaplah bukan rezeki..huhu

Rabu, Julai 15, 2009

Minggu In-door Games [I]

Minggu ini adalah minggu Indoor games di Bahagian tempat kiki kerja..pelbagai games telah dipertandingkan iaitu Congkak,Dart,Karom,Batu Seremban,Lidi,Tutup Botol,Dam dan Anyam ketupat ..kami bertanding antara unit di Bahagian kiki...kiki Unit 'T'...kiki hanya join games Congkak, Batu Seremban, Lidi dan juga Tutup botol...



Hari Pertama : Permainan yang pertandingkan adalah Congkak ...pelbagai aksi yang dipamerkan ..masing-masing teruja kerana dah lama tak bermain congkak..walaupun dah lama kiki tak bermain congkak...Alhamdulillah...kiki menang untuk pusingan pertama....



Hari kedua : Bermain Batu Seremban...disebabkan semua permainan dijalankan waktu rehat dan juga waktu balik...adakala suasana menjadi kelam kabut..huhu..untuk permainan ini...Group kiki kalah...kerana 3 orang pemain yang lain tidak tahu bermain...huhuhu...

Isnin, Julai 13, 2009

Jom Makan!!

Khamis, Julai 09, 2009

:: Saat Sendiri ::



saat ku sendiri...
ku rasa sepi..
ada satu rasa membuat ku makin lelah
rasa rindu yang kian membebankan
tetapi hanya mampu ku pendamkan...

rasa pilu ini..
kian buat ku sesak hati..
mengapa semuanya hadir di kala ini..

Kena Makan juga

Doktor:Nampaknya tak ada perubahan....ermmm..sebelum ni awak makan ubat separuh biji pagi separuh biji petang kan...selepas ni...makan 1 biji untuk 2 kali sehari..

Kiki:Doktor,..sebelum ni doktor dah suruh saya makan 1 biji untuk 2 kali sehari...

Doktor:oh ye ke...kalau macam tu selepas ini 1 biji untuk 3 kali sehari..saya bagi ubat ni untuk 2 bulan..sebelum ubat habis..awak kena buat appointment dengan Klinik yang berdekatan rumah awak ye..saya akan buat surat kepada klinik berkenaan..nanti awak serahkan surat tersebut pada mereka..

kiki:ok doktor




surat dari doktor untuk doktor...tulisan doktor nie...kiki tak berapa faham..huhu



Bicara Hati : Kena makan ubat juga la..huhuhu....Ingatkan dah terlepas dari makan ubat..rupanya kena tambah lagi...

Menikmati pemandangan

Kiki berjogging seorang diri di petang hari...selepas berjogging..kiki pun layan pemandangan di sekitar tasik titiwangsa yang penuh dengan kenangan bersama kawan-kawan di waktu sekolah dulu......




yang bertanda hijau tu...orangnya jatuh ke dalam tasik...















Bicara Hati : Ada orang kata "Jogging ke dating, macam tak percaya"....Kenapa tak percaya ke kiki jogging seorang diri....tak main la dating-dating nie..huhuhu....

Selasa, Julai 07, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu lepas...pagi..hantar kereta ke bengkel di sebelah rumah...kasi service..dah lama tak service...




inilah puncanya..sudah pecah..kena ganti....




---------------------------------


Selepas kereta siap diservice...kiki dan kakak terus pergi ke Tesco..membeli belah barang dapur...






---------------------------------


Selepas memborong di Tesco, kami pergi ke Mydin, Selayang..hanya kerana ingin memborong susu F&N yang murah...


Ahad, Julai 05, 2009

Secebis kenangan..

Di suatu petang..

Entah mengapa hati tergerak mahu melihat pemandangan di petang hari...sedang asyik kiki melayan kenderaan bergerak bertali arus...tiba-tiba mata kiki tertumpu pada sebuah kenderaan yang bergerak hampir dan .....penunggang tersebut memandang kiki...dan diri kiki pun melihat penunggang tersebut....hati terus berdetik..

eh!..macam seseorang je..


kiki terus pandang...hanya ingin mendapat kepastian..tapi hati masih ragu-ragu..mungkin kiki tersilap orang...dalam pada yang sama penunggang tersebut memandang kiki seolah-olah mahu menghampiri tetapi mungkin dia juga ragu-ragu ataupun terkejut melihat kiki...dan penunggang tersebut terus pergi ke sebelah rumah kiki iaitu sebuah bengkel kereta....pelik!!!

kiki masih berdiri di depan rumah....dan bila penunggang tersebut keluar dari tempat 'persembunyian'...kiki pandang lagi...untuk kepastian sekali lagi....dan bila penunggang tersebut pandang kiki dengan sekilas.....kiki rasa..penunggang tersebut kiki kenal...

erm...mungkin kebetulan dia lalu di sini.........mungkin dia hadir hanya sekadar untuk memberi secebis kenangan....atau mungkin juga kiki salah orang....

Jumaat, Julai 03, 2009

Ubat !! oh Ubat!!

Alhamdulillah!! Akhirnya kiki berjaya habiskan ubat yang doktor bagi masa bulan April.

Tadi Hospital call...

"Ini Z............ ke?"

"ye..saya.."

"Minggu depan awak ada Appointment dengan doktor kan"

"A'ah, kenapa?"

"Hari itu doktor kata apa?"

"Dia cuma suruh saya datang je.. dan dia nak buat pemeriksaan"

"Ouh ye ke, akak nak tunda appointment ke bulan 8..boleh tak?..sebab ramai sangat la waktu tu"

"Boleh je...ermm! tapi kak...ubat saya dah habis"

"ouh ye ke? ubat apa tu"

"ubat ........."

"ouh..kalau macam tu..tak apa lah..datanglah tarikh yang telah ditetapkan tu"

"Ok..Terima Kasih"


=========================

Pn. Doktor,
saya dah tak larat nak makan ubat la....huhuhuhu....

...Hati Degil....


rindu itu kian membara..
kasih itu kian erat..
degil sungguh hati ini
tidak mahu berhenti
dari mengekorimu

harapan masih utuh
kenangan masih menemani
degil sungguh hati ini
tidak mahu berhenti
dari terus menanti

rindu telah pun ada
kasih sudah pun berputik
tapi hati itu degil
tidak mahu mengakui

ruang itu ada..
cuma kedegilan hati menyekat
Yakini padaNYA
Yakini TakdirNYA
pasti kita bertemu jua di persimpangan jalan nanti

Khamis, Julai 02, 2009

Lakaran Rindu di Taman Langit


lakaran rindu terbentuk lagi
gabungan awan menciptakan
sesuatu di taman langit..
hanya hati itu yang bisa
menafsirkannya..


rasailah
sapaan kasih dan rindu
buatkan hati itu rasa bahagia..

Rabu, Julai 01, 2009

Aksi Umar!!!