Isnin, Disember 12, 2011

..Kembali Makan ubat...

Setelah hampir beberapa bulan diri ini tidak memakan ubat dan doktor telah memberi nasihat beberapa kali..mahu atau tidak aku cuba makan semula ubat yang doktor berikan. Sekali lagi aku mengalami simpton-simpton yang kurang menyenangkan.

- Rasa nak muntah
- Ada sesetengah makanan tidak boleh bau 
- Rasa muak bila melihat sesetengah makanan
- Adakalanya badan terasa amat lemah sekali, sejuk dan berpeluh

Ya, itu ubat saya!!  kenapa, tak percaya ye...


Rabu, Disember 07, 2011

..di sekitar percutian satu keluarga..Part 1.

Pada 03hb November yang lalu, kami satu keluarga telah pulang ke kampung halaman ayah. Buat pertama kalinya kami beraya di kampung. Pertama kali juga kami sekeluarga melaksanakan Ibadah Qurban. Kami agak teruja dengan perjalanan ini. Inilah family trip yang kedua. Dulu masa tahun 2005, hanya seramai 10 orang, kali ini 2011, bertambah menjadi 13 orang. 

Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi. Tiba di LCCT lebih kurang jam 6.30 pagi. Parking kereta di Tune Hotel. Flight pula jam 7.55 pagi, memang bila sampai LCCT agak kelam kabut. Keadaan yang cukup tegang. Meletihkan... masa tahun 2005 pun kelam kabut juga di lapangan terbang. Nasib..nasib...huhu


  Kami akan bertolak sebentar lagi..
 



Abang dan kakak tekun mengisi form..

Pemeriksaan di Lapangan Terbang MinangKabau


Bapak borek, anak rintik....
Inilah bas yang kami sewa.
Inilah dia laluan ke Terowong Jepang, kena tempuhi 230 anak tangga...Semputt....


Jemput makan...


Semua teruja melihat lampu picit yang unik..