Khamis, Ogos 26, 2010

..Pembaziran..


Apalah nak jadi dengan kiki... sudah tiga kali kiki makan di Kampung Baru dengan rakan-rakan. Tiga kali juga kiki tidak boleh nak menghabiskan makanan kiki. Sebenarnya ini bukan kali ketiga pun...sudah banyak kali juga kiki tidak dapat menghabiskan makanan.Sejak akhir-akhir ini selera makan kiki sudah semakin berkurang. Nampak gayanya..kiki tidak sesuai makan makanan bufet lepas ini. Dari kiki membazirkan makanan tu..baik kiki belanja duit itu ke tempat lain..hehehe..

Disebabkan selera kiki yang berkurang ini, ramai yang kata kiki tengah berdiet sebab itulah kurang makan...SERIUS!! kiki tidak berdiet, tetapi dah alang-alang tak ada selera makan...sambil itu bolehlah kiki berdiet sekali kan..huhuhu..

Ahad, Ogos 22, 2010

..Nikmat Allah..



Syukur ke atas nikmat yang diberikan kepada diri ini...
Hari ini kiki telah mendapat kenangan yang menggembirakan dan akan kiki akan sematkan kenangan manis ini dalam kehidupan kiki...Terima Kasih kepada Tuhan atas kurniaan yang diberikan ke atas diriku ini...

Berjalan-jalan seorang diri ke tempat yang pernah kiki mencari rezeki satu ketika dulu cukup mengimbaukan kenangan lama. Berjumpa semula dengan segelintir pekerja yang masih lagi bekerja di situ betapa membuatkan diri semakin teruja bersembang dengan mereka.

Ya..Hari ini kiki sungguh gembira...

..Gembira dapat berjumpa rakan-rakan lama..
..Gembira dapat berjumpa dengan AD..
..Gembira dapat berbuka dengan AD..
..Gembira dapat nikmat yang ALLAH berikan..
..Alhamdulillah...
..Terima Kasih pada mereka dan AD kerana memberikan kegembiraan pada kiki..

Isnin, Ogos 09, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Khas buat semua temanku yang mengenali diri ini..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dari yang sebelum ini..
kesempatan ini, kiki mohon maaf andai ada kesilapan atau menyinggung mana-mana teman kiki..sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja..
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda pada Ramadhan kali ini...

Sabtu, Ogos 07, 2010

Selamat Ulang Tahun buat kamu..


Khas buat temanku yang dikasihi dan disayangi..
yang menyambut hari lahir pada 7 Ogos..

:: Selamat Hari Lahir!!! ::

..Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki!! ..
..Semoga usia yang semakin meningkat ini akan mematangkan diri kamu...dan semakin tabah menghadapi cabaran hidup...
..Semoga ceria selalu..
..Semoga bahagia selalu..
..Senyumlah selalu..

Tiada apa yang mampu kuberikan, tiada yang istimewa untuk kulakukan, cuma doa yang menggunung tinggi buat kamu tanda kasihku dan sayangku padamu teman...

:: Kiki 070810 ::

Bicara Hati: Senyumlah wahai temanku...walau dalam senyum itu penuh dengan kedukaan yang tidak dapat kuselami..disini ku tetap berdiri di sampingmu ... selagi dirimu masih mahu menganggap diri ini sebagai teman yang dirimu kasihi..