Khamis, Jun 30, 2011

..Pemberian di depan mata..


Dari jauh, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang usianya lebih kurang 11 tahun mendekati orang ramai yang lalu lalang, sambil ditunjuknya sekeping kad kecil yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran.

Hamba Allah yang pertama tidak mengendahkan kad tersebut, dia hanya menghadiahkan senyuman. Lalu, kanak-kanak perempuan itu terus beralih ke Hamba Allah kedua. Pada mulanya Hamba Allah tersebut hanya memandang, tetapi bila kanak-kanak perempuan itu menghulurkan sekali lagi kad kecil itu, Hamba Allah itu mencari-cari sesuatu di poket seluarnya. Terlihat ada not berwarna hijau. Kali ini dia mengeluarkan dompetnya pula,tetapi yang ada cuma not berwarna hijau dan merah. Lalu Hamba Allah itu terus menyerahkan saja sekeping not berwarna hijau tersebut.

Setelah diberi sekeping not berwarna hijau tersebut, kanak-kanak perempuan itu terus berlalu ke orang lain pula dan seterusnya.

Dari jauh aku hanya memerhatikan saja gelagat kanak-kanak perempuan tersebut. Melihat pada Hamba Allah tadi, aku bersyukur masih ada Hamba Allah yang memberi saja apa yang ada di tangannya.

Moga hidup Hamba Allah itu diberkati...dan moga rezekinya bertambah berlipat kali ganda dengan apa yang diberinya...amin..

Selasa, Jun 21, 2011

langkah terhenti


Jauh sudah mengembara..
penghujungnya masih belum kelihatan
sepanjang perjalanan yang berliku
puas sudah dicantas rasa putus asa
namun ia masih lagi berada di satu sudut..

Langkah terhenti seketika
menghilangkan segala beban dan lelah
lutut yang menggeletar semakin beransur pulih
tetapi hati pula kian menggetar
menahan segala rasa yang terpikul

perjalanan diteruskan lagi..
keletihan mulai terasa..
cuba dipujuk hati agar tidak rebah
berdoa agar selimuti hati dengan kasihMU
jangan dibiar hati jauh dariMU

..hadirkan tangan yang mampu membawa ke syurgaMU..

..langkah yang terhenti..
..mencari ruang untuk berada di tempat yang Terindah..

-Kiki-
-772010-



Jumaat, Jun 17, 2011

..warkah buat sahabatku..



Assalamualaikum...



Wahai sahabatku...
Ku disini mendoakan agar kamu sihat sejahtera.

Sahabatku..
Walau berkali-kali kamu cuba untuk berbicara agar diri ini mampu untuk membalas kembali apa yang kamu katakan. Maafkan diri ini kerana masih mendiam diri. Diri ini masih tidak mampu untuk berbicara bagai sudah kehilangan untuk berbicara kepada kamu.

Sahabatku..
Berikanku ruang waktu untuk diri memujuk kembali hati ini..usah dirimu bimbang kerana kemaafan itu telah kuberikan sejak bertahun-tahun yang lalu. Kalau tidak, masakan diri ini masih mampu untuk bertahan untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan ini.

Sahabatku..
Masihkah dikau ingat, saat dirimu cuba 'mempermainkan' diriku ini..Mudahnya dikau nyatakan ia hanya sekadar gurauan. Hanya kerana tidak mahu merosakkan mood bahagia kamu diwaktu itu. Diri ini sanggup ketepikan rasa marah itu.

Sahabatku..
Saat diri ini melalui jalan itu...saat diri ini terlihat akan kamu...terlihat akan perubahan dirimu...sungguh diri ini terdiam dan terkaku....tak terdaya untukku mendekatimu lagi..ku hanya melihat dirimu dari jauh..kerana ku tak sanggup untuk berkata-kata lagi...hati ini sudah lelah..

Sahabatku...
'permainan' apa lagi yang dirimu cuba lakukan lagi?? Seronokkah diri kamu melihat ku 'dipermainkan'..?

Sahabatku..
Diri ini tidak pernah memaksamu..
Diri ini sentiasa cuba untuk menghormati keputusanmu..
Diri ini sentiasa cuba menepis segala rasa bila bersamamu..
Tetapi semuanya tiada nilai bagimu..

Sahabatku..
Dihati ini memaafkan, tetapi dalam waktu yang sama..ku masih tak mampu untuk menyatakan apa-apa lagi..sungguh diri ini amat kecewa dengan kamu...

Sahabatku..
Disini ku senantiasa mendoakanmu agar kamu selamat....dan seandainya diri ini melalui jalan itu..akan ku singgah menjengukmu dari jauh...dan dari kejauhan itu akan kutitipkan doa kesejahteraan hidupmu wahai sahabatku yang kusayangi....

sahabatku...
Terima kasih kerana menjadi sahabatku..Terima Kasih kerana menerima ku menjadi sebahagian keluargamu..Terima kasih atas segalanya...

Sahabatku....
Sungguh ku gembira melihat kamu bertambah bahagia, tetapi dalam masa itu aku dihimpit kekecewaan dengan sikapmu hingga menutup rasa gembira untuk ku berkongsi rasa bahagiamu itu...

Sahabatku..
Moga kamu bahagia dan selamat dibawah lindunganNYA...berikan ku ruang dan waktu...demi persahabatan yang sudah pun terjalin hampir 12 tahun ini.


Dari sahabatmu.....