Khamis, Februari 10, 2011

Puisi Terakhir



Bila sudah sampainya waktu
semuanya akan berakhir
tiada apa lagi yang hendak dikesal
yang mengiringi cuma kenangan

Puisi Terakhir yang tercipta
hanya buat mereka yang menginginkan secebis kenangan
agar mampu menyembunyikan segala kesakitan

Puisi Terakhir ini ...
buat dia,
buat kamu,
buat mereka,
buat sesiapa saja
yang mahu merasai
pengakhiran sebuah rasa
penghujung sebuah kehidupan
perhentian sebuah perjalanan

-kiki-
-26112009-

Tiada ulasan: