Selasa, Disember 01, 2009

Bila harus akui kesilapan

Pada suatu petang, kiki berjalan menuju ke parking motor. Setelah sampai, kiki lihat cermin sisi sebelah kiri patah. Uhh!! Kepala yang berdenyut sejak dari tadi makin bertambah-tambah sakit. Kiki cuba lihat di raga, mana lah tahu orang yang patahkan tersebut meninggalkan kesan. Tiada. Yang ada cuma cermin yang patah saja. Sakitnya hati walau hanya cermin saja yang patah. Tapi entah mengapa kiki jadi marah, geram dan dll. Mungkin disebabkan kepala yang sedang sakit waktu itu membuatkan kemarahan kiki cepat naik. 'Siapa yang patahkan cermin ini memang hati dia tak kan tenang'

Petang keesokan harinya, semasa di parking motor. Kiki bercerita dengan kawan yang kiki tidak berpuas hati dengan sikap orang yang patahkan cermin motor tersebut. Tiba-tiba datang seseorang menghampiri kiki.

En: Err...ini motor awak ya.

Kiki: yup! kenapa?

En: Maaf ye, semalam saya yang terpatahkan cermin awak tu. CSaya tunggu juga awak datang tapi awak tak muncul-muncul juga. Saya pun letak saja cermin itu di raga dan saya terus balik. Lagipun saya cam motor ini memang selalu ada kat sini. Cuma tak tahu siapa punya.

Kiki: Oh! awak rupanya yang patahkan.

En: Saya terlanggar sikit saja, tapi pelik macam mana boleh patah. Tak apalah, kalau awak mahu saya ganti, tak ada masalah. Saya tak kisah. Memang salah saya. Maaf lah.

Kiki: Erm...Tak mengapalah, awak ganti sebelah saja. Tapi saya tak ingat berapa hargalah. Nanti bila saya sudah baiki baru saya beritahu.

En: Ok lah, ini no saya............. nanti bila sudah baiki beritahu saya.

Kiki: Ok....ermmm...kiki sendiri tak tahu nak baiki bila...rasanya macam lama je lagi..huhuhu

Alhamdulillah, orang tersebut sudah pun akui kesilapan dia. Kemarahan dan sakit hati semalam beransur pergi setelah orang tersebut meminta maaf dan mengakui kesilapan. Soal bayaran tersebut, kiki tak kisah dah. Lagipun tak mahal sangat pun. Tapi Kalau mahal, memanglah kiki akan minta dia bayar juga. Huhuhu.

Sampai di rumah, kiki ceritakan kejadian tersebut dengan ayah kiki.

Keesokan harinya..

Papa:W, Papa dah baiki cermin tu.

Kiki:Oh ye ke, Terima kasih pa, Papa guna cermin yang lama ye?

Papa: a'ah, tapi cermin tu kecil sikit. tak sama dengan cermin kanan.

Kiki: Tak apalah pa, asalkan boleh guna.


Nasib baik HERO kiki ada membantu. Terima kasih pa.......muahhhhh...

1 ulasan:

Zikri Husaini berkata...

wah nasib baik bole repair..janji bole guna...