Isnin, September 28, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Hari Sabtu lepas, kiki temankan kakak kiki pergi MPH di Jusco,Wangsa Maju. Sebelum Raya borong baju, selepas raya borong buku. Kiki hanya beli 2 buah buku saja, selebihnya kakak kiki yang beli. Lama juga kami berdua di dalam MPH, tak sedar sudah 2 jam lebih dalam kedai tersebut.




Selepas itu kami pergi ke Carefour pula beli barang dapur. Semasa di sana, kawan kiki telefon.



"W, Ko kat mana?"
"Aku kat Carefour. Kenapa?"
"Bila kau nak balik? kejap lagi aku nak datang rumah kau"
"Ok, kejap lagi aku balik,lagipun dah lama aku keluar"

Sampai rumah pukul 5 lebih. Lebih kurang pukul 6, kawan kiki pun datang bersama suami, anak dan 2 orang sepupu dia.

Pukul 8 malam, kiki kena hantar papa dan Ibu kiki pergi HKL sebab mereka mahu melawat orang sakit. Selepas itu kiki hantar pula adik lelaki kiki pergi Pudu. Balik dari Pudu, kiki jemput Papa dan Ibu di Hospital.

1 ulasan:

Putra Al-Maliki berkata...

beli buku yer.. baguslah tue.. jadikan membaca buku amalan harian kite supaya banyak ilmu dapat kite kuasai.. hehe..