Isnin, Jun 15, 2009

Tinggal Kenangan..



Inilah keadaan tempat kerja kiki sebelum ini...hampir 5 tahun kiki kerja di Syarikat APRSB, Sebelum kiki bertukar kerja ke tempat sekarang. Pada tahun 2005, syarikat tersebut begitu berjaya..Kami rakan-rakan sepejabat bagai sebuah keluarga..Tetapi yang terindah hanyalah sementara...selepas syarikat tersebut berpindah. Satu persatu 'bencana' menimpa...dan satu persatu pekerja mengundurkan diri dari syarikat tersebut...semuanya berpunca dengan sikap orang atasan..sayang seribu kali sayang..syarikat tersebut cukup berpotensi besar...tetapi kerana sikap, punah segalanya...kadang kala..bila diimbau kembali kenangan di situ..cukup menyentuh perasaan...Terlalu banyak yang kiki belajar di situ..

Setelah kiki tinggalkan syarikat tersebut selama setahun lebih.Hati ini rasa sedih, kiki sendiri tak pasti kesudahan syarikat tersebut.Adakah masih boleh bertahan atau akan berkubur...kali terakhir kiki dengar syarikat tersebut hanya tinggal empat orang pekerja...

Bayangkan bermula dari 3 orang pekerja termasuk Bos hinggalah semakin meningkat hingga dua puluh lebih...dan kini beransur kurang kembali....

Bayangkan dulu mampu menyewa 3 tingkat sekarang hanya mampu menyewa satu tingkat...

seandainya En.Bos cepat memperbetulkan kesilapan dan mengakui kelemahan diri..pasti kiki dan rakan-rakan yang lain akan terus bekerja di situ lagi...tapi sayang seribu kali sayang.......kiki pasti..mereka yang pergi semuanya dengan hati yang kecewa...tetapi apakan daya..walau hati berat nak pergi..tapi terpaksa melangkah pergi...


kepada En.Bos dan Pn.Bos yang berkenaan...
Saya mewakili semua pekerja yang pernah berkhidmat di syarikat Encik mengucapkan Terima Kasih kerana sudi mengambil kami semua bekerja di syarikat Encik.

En.Bos dan Pn.Bos,
Maafkan kami andai kami pernah melakukan kesilapan...Pelbagai cerita yang kurang enak yang saya dengar mengenai Encik dan syarikat Encik..Seandainya Encik mahu berjaya kembali...ubah lah sikap Encik dan jangan cepat berprasangka buruk...InsyaAllah...perniagaan Encik akan berjaya!!


2 ulasan:

archiq berkata...

uuuu.... macam sedih bangat plak baca entry yang nih...

fiezabaiduri berkata...

kenangan tetap dalam ingatan..