Sabtu, Mei 23, 2009

::Putaran Hidup::



berputar hidup kita..
dulu kita diperhati..sekarang kita memerhati..
dulu kita berlari...sekarang kita terhenti..

sesekali kita tertoleh kenangan lalu dek kerana emosi
suka duka yang lalu mematangkan diri
sepanjang kehidupan memerlukan diri membuat pilihan..
perjalanan diteruskan dengan pelbagai perasaan..
sesekali lelah...tapi tidak bererti kalah..

putaran hidup..
kembali berbalik kepada diri..
mereka tertawa menyalahkan diri..
lantas membuatkan hati ingin menyendiri..
mencari kekuatan diri..
tetapi ada rasa yang menguasai hati..
mengapa ada rindu dihati di kala tidak mahu mengingati
mengapa ada debar dihati di kala semua rasa hampir mati
terus aku berlari dan berlari..
menghilangkan semua segala rasa..
tapi yang ku dapati
hanya lelah menahan segala rasa hati

ketenteraman kini telah diganggui
oleh pelbagai rasa yang ku sendiri tidak mengerti

putaran hidup yang dilalui
membuat diri semakin berani menempuhi..
biar apa pun terjadi..
rasa hati akan dilontari
biar dicemuh tidak dipeduli
kerna semuanya akan berbalik pada diri..

Dengarilah kata hati itu
agar kedamaian hati tidak lagi terganggu

Tiada ulasan: