Isnin, Mac 09, 2009

Ingin Tahu



Jika kau tahu
Rasa rindu ini kian membelenggu
Sudikah kau hadir menemani

Andai kau tahu
Rasa sayang ini menjadi milikmu
Ada ruangkah sayang ini diletakkan di situ

Jika Aku tahu
Bebanan rindu ini semakin berat
Tidak ku biarkan ia melarat

Andai aku tahu
Kasih dan sayang mulai melingkari
Tidak ku biar ia dipandang sepi

Tetapi mana aku tahu semua ini akan terjadi
Dan mana lah aku tahu kau pun tak tahu
Andai kau dan aku hanya membisu

mana ku tahu..
suatu hari nanti kau ingin tahu
aku pula yang termangu
memberi kata dari aku sendiri tak tahu

Moga saat itu tiba
kita akan tahu
tentang jawapan yang kita ingin tahu..




Bila Hati Bicara : Kerana tidak mahu terus terbelenggu, ku ingin tahu...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kiki....

rinduku bukan salahmu
kerana memendam dlm diam...


hehehe..ayat lama tu

welcome to blogspot