Isnin, Mac 09, 2009

..Aktifkan Blog Anda..



Salam semua...hampir sebulan lebih..kiki tak update blog nie...ada juga suara-suara merdu yang memasuki ke telinga kiki..menyuruh update blog...sebenarnya bukan kiki tak nak update..tetapi selepas kiki balik cuti bulan 1 tempoh hari...kerja kiki tak henti-henti datang...meja kiki pun dah tak serupa meja..kiki tak dan nak mengemas meja tu..bila kemas sikit je..tak sampai 5-10minit meja akan bersepah kembali..disebabkan itu, ada rakan sepejabat selalu mengusik...

"meja kak eja nie, kemas kejap je...lepas tu bersepah...dulu meja kecik pun bersepah...nie dah besar sikit pun masih bersepah juga..saya tolong akak kemas pun..lepas tu sepah lagi.."


hahaha...so..kesimpulannya..tak payah kemas buat sementara waktu ini...Alhamdulillah...masuk bulan 3 ini..kerja dah makin kurang sedikit..disebabkan kesibukan itu lah..mood untuk kiki mengupdate blog ini tiada...jangan kata nak mengupdate blog...nak pergi jalan-jalan ke blog orang lain pun kiki dah lama tak buat...kiki dah lama tak tinggalkan jejak kat blog orang lain...kadang-kadang ada juga kiki jengah sekejap..tapi tak lama...cuma intai-intai..nak tahu cerita terbaru saja..lepas tu tutup...InsyaAllah..andai keadaan mengizinkan..kiki akan megaktifkan diri di blog kalian semua ok...

1 ulasan:

fiezabaiduri berkata...

wah, sebok sungguh.
bakal pekerja contoh ni.hehe..

aktifkan diri mu!