Ahad, Julai 17, 2011

..Berbudi bahasa..

Hati ini begitu sebal dengan sikap sesetengah pemandu. Bagai sudah hilang budaya hormat menghormati.

Pada Ahad yang lepas,kereta kiki dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu wanita bersama ibunya. Setelah kiki keluar melihat keadaan kereta kiki, cuma agak calar jugalah. Pada mulanya kiki memang malas nak berkira kerana keadaan kereta kiki tidak teruk sangat. Manakala kereta dia pula mungkin agak teruk sedikit dari kiki.

Bila ibunya bertanya macam mana mahu selesaikan. Kiki terdiam. Buntu. Kalau ikutkan hati memang malas nak berkira. Dalam masa yang sama pemandu wanita tersebut, terus menyalahkan kiki kerana brek mengejut katanya dan terus meneruskan menyalahkan diri ini. Walaupun kiki memberitahu sebabnya dia tetap tak menerima alasan tersebut. Masa ini kiki mulai terasa geram dengan sikap dia.

Lama kelamaan sikap mereka dua beranak cukup membuatkan kiki sakit hati dan geram. Yang ibunya tidak habis-habis kata suruh kiki bertimbang rasa tetapi bila kiki cuba bertimbang rasa dia tetap tidak berpuas hati. Dan bila kiki kata " kalau macam ini, kita sattle kat balai je la".

Dengan nada yang meninggi terus mak cik tu kata " kamu jangan nak ugut mak cik ye".

"Mak cik, saya bukan nak ugut tapi mak cik nak saya bertimbang rasa, jadi saya nak RM$$ tapi mak cik tak nak bayar, jadi kita selesaikan kat balai je la"

Masa itu keadaan semakin tegang. Sungguh kiki tak faham, kiki sudah sedaya upaya mengawal percakapan. Tetapi mak cik itu boleh pula kata kiki cuba ugut dia.

Selepas itu bila kiki menyuruh hanya bayar yang termampu saja.

Mereka berdua dengan nada yang kurang budi bahasanya "awak kata yang mampukan, kalau macam tu saya hanya mahu RM$$ SAJA...RM$$ SAJA"

Berulang-ulang kali dia menyatakan harga tersebut. Kalau betul-betul nak bayar harga begitu. Tidak boleh kah dia bercakap dengan nada yang lembut. Tetapi cara mereka betul-betul membuatkan kiki harus bertegas. Tidak guna kiki berlembut dengan mereka yang kurang budi bahasanya. Kiki terus minta harga penuh, selepas itu ibunya sekali lagi suruh kiki bertimbang rasa. Ok! Final, kiki minta separuh harga. Tapi mereka tetap tidak berpuas hati.

Tidak lama kemudian, ayah pemandu wanita itu datang. Pada mulanya ayahnya kata sikit saja buat apa nak bawa ke balai. Lalu kiki terangkan yang kiki pun tidak mahu panjangkan ke balai pun, tapi mereka berdua tidak mahu bayar seperti yang kiki minta. Selang beberapa minit, ayah pemandu perempuan itu terus mengeluarkan wang di poket bajunya. Baru saja ayahnya nak menyerahkan duit tersebut.

Mereka anak beranak terus menepis tangan lelaki tersebut sambil berkata " tak payah,tak payah, jangan bagi".

Cukup membuatkan kiki hilang hormat pada mereka berdua. Sungguh kiki tak faham, siapa yang langgar siapa sekarang ni?

Selepas itu mereka hanya bagi RM$$. Tidak cukup seperti yang kiki mahukan. Dan bila kiki bertegas mahu RM$$ yang kiki minta tadi. Terus ibu perempuan tersebut minta semula duit tersebut dan kali ini siap kira 1,2............

"Nah.....1..2..........semua RM$$, kau nak sangat kan...amik..amik..AKU TAK HALALKAN DUIT INI..bla..blaa.bla..bla.."

Terus mereka ke kereta dan terus berlalu begitu saja. Kiki tak dengar sangat apa yang Ibu perempuan itu cuba katakan lagi sebab masa itu kakak kiki tengah telefon kiki, jadi kiki hanya tumpu apa yang kakak kiki ingin sampaikan.

Astaghfirullahalazim...sungguh kiki terkejut bila dia kata begitu....sanggup dia mengeluarkan kata tersebut. Kecewanya hati kiki.

Perkara ini tidak akan berlarutan andai mereka berdua menggunakan bahasa yang sopan. Andai mereka berdua tidak terus menerus menyakitkan hati kiki. Bukan duit yang kiki mahukan, tetapi budi bahasa dan kesopanan yang kiki mahukan dari mereka.

Tiada langsung kata maaf, tiada langsung untuk akui kesilapan mereka.. Dan ini satu pengajaran buat diri juga.