Sabtu, September 18, 2010

Alunan RINDU



Kita makin menjauh..


Bukan hati kita yang kian terhakis..
cuma jarak dan waktu yang kian mengikis
segala ruang kita bersama

Kita makin merindu..
Bukan kerna tiada waktu..
Cuma saat dibiar, berlalu sebegitu..

Hatiku gundah..
Khuatir kita bakal melupa..
lantas menghapus kenangan bersama..

Di Tempat kejadian ini
kita berpimpin tangan bersama
alunan merdu puisi yang tercipta


Jumaat, September 17, 2010

Salahkah aku?



Aku memerhatimu di balik tirai
Aku merinduimu dalam diam
Aku menyayangimu tanpa sedar
Aku tidak mahu diri pergi tanpa pesan
Salahkah aku dengan rasa itu?

Aku tetap ingin kamu
walau harus menunggu lagi dan lagi
salahkah aku?

Izinkan hatiku dan hatimu tercantum menjadi satu
salahkah aku? kerna menginginkannya





Khamis, September 16, 2010

..kehilangan yang menyakitkan...


Dan sekali lagi...kiki akan menghadapi kesakitan dari sebuah kehilangan.....kiki sudah keletihan...kiki rasa kiki sudah berputus asa.....semua orang ingin hilang dari kiki....mungkin giliran...kiki pula untuk hilang dari pandangan semua orang......





Isnin, September 13, 2010

..Ya, Diri ini merindui....

jangan ditanya lagi tentang rindu..kerana diri ini sebenarnya sudah letih dengan sebuah rindu..

sebenarnya kamu sudah ketahui bahawa hati ini sentiasa merindui...mengapa harus ditanya lagi..jika kamu hadir hanya sekadar bertanyakan tentang rindu...lantas bila bertemu jawapan, kamu akan hilang sekali lagi agar diri ini menahan rasa rindu lagi? begitu? mungkin kamu seronok melihat diri ini kelemasan dalam kerinduian..tetapi yang menahan segala bebanannya adalah diri ini..Puas hati kamu??



..Hanya Allah mengetahui segala rasaku pada kamu..kerana Allah yang sentiasa mendengar rintihan hambaNYA..

Ahad, September 12, 2010

..Biarkan Cuma......


sendiri mencari kasih yang pergi
berlalu tidak lagi dipeduli
terdampar diri bersama hati sepi
biarkan cuma aku yang menanti bersama janji


Khamis, September 09, 2010

..Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Kiki nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maafkan kiki andai ada tersilap atau terkasar kata hingga menyinggung perasaan rakan taulan semua...kepada yang pulang ke kampung...Selamat pulang ke kampung...Berhati-hati di jalan raya ya...

Jumaat, September 03, 2010

..Mencari ketenangan..


Ya Allah berikanku ketenangan hati..

Entah mengapa hati ini jadi begitu sensitif..bila ada saja orang lain yang melakukan sesuatu yang dianggap biasa saja..tetapi hati ini mudah berkecil hati..hati ini menjadi sedih..dan sayu. Perasaan kiki bercampur baur, tetapi hati terus memujuk agar jangan membiarkan emosi menguasai diri.

Tetapi nampaknya,Kiki gagal mengawal emosi sendiri..


Bicara Hati: ..Berikanlah sebaris kata-kata yang mampu melegakan hati..