Jumaat, Mac 26, 2010

Selamat Hari Lahir



Selamat Hari Lahir buat kakak kembar kiki.Kak Nurul & Kak Neni.
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga Bahagia selalu dan hidup kalian sentiasa dilindungiNYA...

Sabtu, Mac 20, 2010

Realiti TV..Adik-Adikku


Pada Khamis yang lepas,telah berlangsungnya Peringkat Akhir bagi Program Realiti..Adik-Adikku. Seronok kiki tengok para peserta cilik ini berpidato. Mereka semua memang punya bakat yang besar. Alangkah bagusnya program ini diperkenalkan sejak dulu lagi.

Tahniah buat adik-adik yang telah memasuki Program ini. Semoga Tahun hadapan akan ada lagi program ini dan akan ada ramai Penaja yang ingin menaja.


Johan- Muhammad Wajih Zakwan Hanif


Naib Johan- Muhammad Qayyim Nizar Sarimi


Tempat Ketiga- Muhammad An-Naim Yasim


Kiki suka dengan persembahan adik Wajih.

Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Info: www.islam.gov.my

Sabtu, Mac 13, 2010

..Dan Sebenarnya..


kasihku tak pernah berubah
rinduku tak pernah pudar
walau hati kian lelah
bayanganmu bisa buat hatiku berdebar



Bicara Hati:....ku hadir bersama rindu .... usah ditanya mengapa...walau ku cuba lari...rindu tetap tidak mahu berlalu pergi...