Isnin, November 16, 2009

Makan di Umbai

Selepas balik kenduri kahwin, kiki dan kawan-kawan pergi ke Melaka. Ini semua idea dak si Ha lah. Dia itu memang suka ikut dan dia je. Hanya semata-mata nak makan ikan bakar yang sedaplah katanya. Jadi, dia cadangkan makan ikan bakar di Umbai, Melaka. Disebabkan kami pun tiada cadangan lain. Jadi kami ikut saja.

Kereta kancil 2 orang, kereta Viva 2 orang. Jumlahnya 4orang. Masa ini kami berempat menunggu sebuah kereta Myvi.Lambat betul tunggu mereka. Membazir masa betul.

Sementara menunggu mereka, kami lepak dulu sambil makan buah.
Alahai Dik Ai oi....awatlah awak bawa tunang tu ikut kitaorang ini. Kita keluar ini semua single mingle. Gara-gara kami mahu mengambil kawan di Muar. Tunang awak tu dah angin satu badan. Katanya nanti dia tak sempat nak pergi meeting. Lor, kami semua tak jemput dia pergi pun. Siapa suruh dia ikut. Selepas itu, sesuka hati saja nak naik angin, gara-gara last minit kami nak pergi Muar jemput kawan satu lagi. Tak pasal-pasal Si Ai kena marah dengan tunangnya. Itulah Ai, lain kali akak pesan. Kalau kita nak keluar dengan kawan-kawan. Tak payah bawa pasangan.huhuhu.Kalau dia sporting tak apa lah. Kata Tunangnya si Ai nak ke Muar memakan masa 2 jam. Padahal kata Ha dalam sejam boleh sampai.

Nah! Tak sampai 2 Jam pun kami dah sampai Muar ambil Iz.







Kami semua sudah tak larat nak makan tapi si Iz makan dan terus makan.Nampak saja kurus, tapi selera makan. Boleh tahan.

Tiada ulasan: