"Dah tido ke?"
kiki terima sms tersebut dari Mr.MSR. Mesej tersebut dihantar pada waktu malam. Tapi kiki baca waktu pagi, sebab waktu sms diterima, kiki memang sudah tidur pun. Pelik juga kenapa dia hantar sms waktu hampir tengah malam.
Pada mulanya kiki malas nak reply, tapi tak lama kemudian. Kiki pun reply. Selang beberapa minit. SMS dari Mr.MSR pun masuk.
"huhu,bahasa dia sekarang boleh tahan erk..tak macam dulu.Sorry ganggu bye."
uik...kiki jadi keliru. Kiki tertanya-tanya. Bahasa yang kiki gunakan tadi kasar ke? Rasanya kalau dia anggap kiki ini macam kawan-kawan dia yang lain. Rasanya bahasa tersebut tidak lah kasar. MUNGKIN...dia baca dengan cara kasar. Maka bahasa tersebut jadi kasar. Kiki tak faham lah, kenapa dia suka mengungkit hal lama. Dia lupa ke yang dia pernah lukakan hati kiki. Tapi kiki abaikan saja kelukaan tersebut berlalu pergi. Kiki tetap menganggap dia sebagai kawan. Kiki masih boleh membantunya sebagai kawan. Kenapa dia tak faham, yang dulu keadaannya lain. Dan sekarang keadaannya sudah lain. Pada hal dulu, dia yang mulakannya. Dan sekarang, dia tak mahu mengaku bersalah. Seolah-olah yang berlaku dulu adalah salah kiki. BUKAN dia. Sakitnya hati, tapi kiki ketepikan saja. Kalau kiki boleh anggap dia sebagai KAWAN. Dia sepatutnya boleh terima segala gurauan kiki sebagai KAWAN.
Disebabkan kiki tak mahu dia menganggap kiki tak mahu berkawan dengan dia. Kiki reply smsnya itu. kiki tetap berlagak biasa walaupun dalam hati rasa sakit. kiki minta maaf dengan dia. Terpulanglah pada dia. DAN kiki masih anggap dia sebagai kawan.
Buat Mr.MRS,
Yang berlalu,biarkan berlalu. Awak tetap tak berubah sehingga sekarang. Masih tetap mahu mengungkit kisah lalu. Dan masih mahu menyatakan saya yang bersalah hingga awak membuat keputusan sebegitu rupa. Awak ego. Tak mahu mengaku salah. Terpulanglah. Walau apa pun.... AWAK TETAP KAWAN SAYA OK!
1 ulasan:
dia marah sebenar nya .. pagi bar sms nya d balas ;))huhuhu
Catat Ulasan