Ahad, Mac 27, 2011

Kesibukan Yang Melanda

Sejak kebelakangan ini, kiki mengalami kesibukan yang berkali-kali ganda..kelam kabutnya kiki untuk belajar sesuatu perkara dalam masa sama kiki harus melakukan dengan secepat yang mungkin untuk mengejar masa yang begitu suntuk. Dan waktu itu, tekanan yang datang berganda-ganda juga. Kerana mengejar masa juga, adakalanya kiki perlu stay back seorang diri untuk menyelesaikan dengan sendiri. Alhamdulillah, kiki berjaya juga lakukan.

Gara-gara sibuk jugalah, tempat dan meja kiki bersepah-sepah dan banyak kertas menimbun, tak kira kiri kanan, atas bawah, depan belakang...kiki dah tak sabar nak mengemas..sebab kiki sendiri pun dah makin rimas dengan keadaan tempat kiki sendiri. JANGAN kata kiki, orang lain tengok pun rimas juga..hehehe